Life as Flight Attendant's Student

FLIGHT ATTENDANT / STEWARDESS


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Jadi, hari ni, sedikit lagi perkongsian daripada saya yang pernah belajar tentang pramugari.

Sebelum saya masuk ke tingkatan 6, saya mengambil kursus jangka pendek dalam bidang pramugari di Inter-Excel Advisory (Flight-Attendant Training & Interview Specialist)

Sijil sebagai bukti sokongan


Di situ, kami sebagai pelajar akan belajar banyak perkara.
Antaranya ialah, cara berpakaian, cara bersolek, postur badan yang betul ketika berjalan, kelas Bahasa Inggeris, kelas Geografi seperti pengiraan waktu di setiap negara dan kedudukan longitud dan latitud, dan sebagainya.

Saya tertarik apabila belajar tentang suasana di kapal terbang, di mana, kita belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan penumpang, bagaimana kita mengatasi masalah penumpang, dan lain-lain.

Kapal terbang juga sering dikaitkan dengan kejadian yang meragut nyawa seperti MH370 & MH17.


Tetapi, ada juga situasi di mana, sekiranya, juruterbang tidak mahir dalam mengawal kapal terbang saat terjadinya 'turbulence', kejadian kapal terbang terhempas tidak dapat dielak.


Ini salah satu video yang saya dapat dari Youtube. Terima kasih kepada Tech Insider.

Boleh klik link ini atau terus lihat video di sini.




Sampai di sini je, Terima kasih semua. Harap dapat info yang berguna.


Comments