KELUARGA TERSAYANG, KELUARGA BAHAGIA
Assalamualaikum semua,
Kali ni saja pos suka-suka sekadar meluangkan masa bersama blog tersayang.
Serba sedikit mengenai keluarga saya.
Saya adalah anak sulung dari 2 orang adik beradik. Adik saya seorang lelaki. Keluarga saya kecil je, seramai 4 orang, iaitu termasuk kedua ibu bapa saya.
Walaupun, keluarga saya jumlahnya kecil, tetapi masing-masing ada komitmen sendiri. Tidak dinafikan bahawa kedua ibu bapa saya sibuk demi mencari ssuap nasi dan menanggung kedua anak-anaknya yang sedang bersekolah dan belajar di universiti.
Saya bangga dengan ibu bapa saya sebab walaupun mereka sibuk, mereka tidak lupa untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya. Mereka gemar membawa kami bercuti, walaupun hanya cuti dalam daerah yang sama. Hehehe.
Ini la papa dan mama saya.
Papa bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Rendah Kampung Raja Uda, Peabuhan Klang, Selangor.
Mama bekerja sebagai pengurus di syarikat Seagull Logistics.
Adik saya baru berumur 11 tahun pada tahun ni. Dia dilahirkan pada 9 Jun 2008.
Kiranya, saya menjadi anak tunggal selama 11 tahun juga.
Walaupun keluarga saya kecil, tapi kami akan beraya bersama-sama dengan sepupu. Terutamanya belah mama.
Ni gambar raya tahun ni, bersama yang lain. Yang di tengah berpakaian warna coklat adalah atok saya yang masih sihat walaupun umur sudah mencecah 80 tahun.
Saya tak pasti post ini akan menarik tatapan semua, tapi, ini serba sedikit tentang keluarga saya.
Masa ni, dinner sekolah papa.
Birthday mama yang ke 49 tahun heheh. Sambut di Teratak Sofea di Sijangkang, Klang.
Link untuk Teratak Sofea
Siapa-siapa yang suka sangat pemandangan atau suasana kampung, boleh la cuba bercuti atau menginap di sini. Saya pasti, anda akan sukakannya hehe.😉
Itu je pada post kali ni. Selamat bercuti ya, kalau dah bercuti kat Teratak Sofea, komen la di sini ya. Semoga berjumpa di post akan datang. Bye...
Comments
Post a Comment